Koperasi Kita



1. Sejarah Penubuhan

Koperasi Cemerlang Kuyungon Berhad (KCKB), ditubuhkan melalui Mesyuarat Agung Permulaan pada 10 Oktober 2015 di Balai Raya Kampung Kuyungon Tambunan. Mesyuarat Agung Permulaan bersetuju dengan idea untuk penubuhan koperasi dan membuka keahliannya kepada semua penduduk di Sabah.

Pada 20 November 2015, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah meluluskan penubuhan KCKB dengan nombor pendaftaran S-4-1598. Ini bermakna KCKB, telah disahkan pendaftarannya dan boleh menjalankan fungsinya seperti yang diluluskan di dalam Undang-Undang Kecil koperasi ini.

2. Senarai Ahli Lembaga Koperasi

Lima belas (15) orang Ahli Lembaga Koperasi dilantik semasa Mesyuarat Agung Permulaan bagi menguruskan aktiviti koperasi adalah seperti berikut:-

1.    En. Aldrin Thadius
2.    En. Engelbert Thadius
3.    En. Ewil Ginting     
4.    En. Francis Labi (Pengerusi)
5.    En. James Gurinki (Bendahari)
6.    En. James Patrick
7.    Pn. Jenny Ginting
8.    En. Oswald Francis (Setiausaha)
9.    En. Sopitoh Sabag
10. Pn. Theresa Guit    
11. Pn. Tracy V. Iking
12. En. Candro Patrick
13. Pn. Grace Thadius
14. En. Manuel Sudot
15. En. Peter Sabinus

3. Aktiviti Koperasi

Mesyuarat Agung Permulaan telah menetapkan bahawa fungsi utama koperasi adalah pengguna. Diantara aktiviti utama yang akan dilaksanakan ialah seperti berikut:-

i. Pasar Raya
ii. Ar-rahnu
iii. Kontrak Pembangunan Daerah


5. Yuran Pemilikan (Yuran Anggota)

Dipersetujui seperti terkandung didalam Undang-Undang Kecil tersebut, seseorang ahli Koperasi berkewajiban untuk membayar :-

a) Fi masuk RM10.00 ( Bayaran Sekali Sahaja. Tidak dipulangkan )

b) Syer Minima Ahli RM100.00 (boleh ditambah dari semasa ke semasa)

Fi masuk adalah sebagai bayaran perkhidmatan yang dibayar sekali sahaja oleh setiap ahli.

Syer ahli pula dijadikan sebagai modal aktiviti perniagaan yang mendatangkan pulangan. 
Setiap ahli akan menerima pulangan melalui keuntungan aktiviti perniagaan.

6. Permohonan keahlian

Syarat-syarat keahlian adalah seperti berikut:

a)  Berbudi pekerti yang baik dan telah mencapai umur 18 tahun,
b)  Warganegara Malaysia yang bermastautin/bekerja/mempunyai harta di Sabah,dan
c)  Mempunyai hubungan yang baik dengan sekurang-kurangnya salah seorang penduduk di Kampung Kuyungon, Tambunan.

7. Tempat mengambil dan memulangkan borang

Borang permohonan disediakan dalam dua (2) versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun. Borang ini boleh diperolehi melalui Ahli Lembaga Koperasi. Borang keahlian yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Setiausaha Koperasi.

Comments

Popular Posts